Tetttt…
Aku memandang ke arah ‘handfone’. Berkelip-kelip menandakan ada mesej yang baru masuk.
“Mesti
orang dari Malaysia ni. Kejap lagi la baca.” Aku mengalihkan kembali pandangan
kepada pensyarah yang sedang mengajar. Kebiasaan mesej yang masuk waktu kelas,
biasanya dihantar oleh orang di Malaysia. Perbezaan masa antara Rusia dan
Malaysia ada waktunya membuatkan orang terlupa.
Aku sendiri
pernah menelefon ibuku selepas pulang dari ‘lecture’. Hasilnya bebelan panjang
aku terima kerana di Malaysia waktu itu sudah pukul 11 malam.
“Bro, aku
dah balik Malaysia. Aku dah berhenti dari MAI.”
Aku termenung
lama di hadapan skrin telefonku. Cuba mencerna dengan baik di mindaku.
“Dah
selamat sampai la ni? So, apa perancangan kau selepas ini bro?”
Aku
mengenali Irfan ini melalui blog. Aku seorang penulis blog dan dia juga seorang
penulis blog. Bezanya dia pelajar engineering di Moscow dan aku pelajar medic
di Nizhny Novgorod. Sejak dia meninggalkan komen di blog, persahabatan kami
terus dieratkan lagi melalui whatsapp pula. Biasa la. Budak-budak zaman moden.
“Alhamdulillah
dah Selamat sampai. Ko tak nak tanya ke kenapa aku berhenti MAI?”
Aku membaca
mesej masuk dengan penuh hairan.
“Kenapa?
Kau nak aku tanya ke?” Aku bertanya lagak seorang lurus bendul.
“Tak la.
Aku pelik. Ko je setakat ni satu-satunya kawan aku yang tak tanya kenapa aku
berhenti dan balik Malaysia.”
Aku
tersenyum sumbing saat membaca mesejnya. Hakikatnya, hati aku melonjak-lonjak
ingin tahu apa yang menyebabkan dia begitu nekad untuk berhenti dan pulang ke
Malaysia.
“Aku rasa
sebelum kau buat keputusan ni, mesti kau dah ambil masa yang lama untuk fikir
masak-masak dan nilai mana yang baik, mana yang buruk. Jadi tak perlu untuk aku
persoalkan rasanya.”
Jujur.
Itulah yang bermain-main di fikiranku sehingga aku membantutkan niatku untuk
bertanya kenapa dia ingin berhenti dan pulang ke Malaysia. Aku bimbang
persoalanku itu nanti seolah-olah meragui keputusan dan kewarasan mindanya.
“Bro, kau
memang ‘rare’. Semua kawan-kawan baik aku, keluarga besar aku kecuali mak dan
ayah aku mempersoalkan keputusan aku.”
“Aku memang
‘rare’. Sebab tu kalau kau pergi pasar
malam, kau takkan jumpa orang jual seketul macam aku. Sebab aku ‘rare’ dan
satu-satunya Ashraf yang ada.”
“Gila!
Memang la kau tak de kat pasar malam. Apa kau ingat kau spesies ikan atau
buah?”
Hahaha.
Mati-mati aku ingat lawak aku hambar dan tak difahami, Rupa-rupanya masih ada
insan di muka bumi yang memahami lawak aku yang tidak kelakar ini. Betullah
orang kata. Lelaki yang suka menulis ni lelaki jenis jiwang, jadi yang jenis
jiwang je la yang faham. Jiwang ke hakikatnya?
“So apa
plan kau kat Malaysia lepas ni bro?”
“Aku ingat
nak sambung bahagian sastera atau yang sama waktu dengannya. Sebab aku nak
serius dalam penulisan dan menghasilkan banyak buku untuk bacaan orang ramai.”
“Bravo,
bro. Nanti selitlah nama aku sikit dalam buku kau ye. Bukan apa. Aku sebenarnya
gila glamour. Haha.”
“ Kau dah
kenapa nak glamour? Nak jadi artis ke? Tak payah la. Muka kau macam muka
samseng je. Confirm tak laku.”
“ Ishhh.
Tak baik memfitnah. Bila aku famous nanti, orang akan follow Instagram aku.
Jadi aku boleh la buat insta review. Masyuuukkk tu.”
“ Hahaha.
Alasan kau mahu menangis kalau mak kau baca.”
“Hoi. Nama
mak aku jangan kau sentuh ok. Hahaha. Aku meloyar je. Nanti dah keluar buku,
roger-roger la. Aku nak beli sebuah. Jangan lupa tandatangan ok!”
“Tak
tahulah berjaya ke tak aku hasilkan buku. Macam angan-angan je.”
“Tadi aku
rasa semangat kau dah macam berapi-api. Kenapa tiba-tiba macam orang putus asa
je?”
“Entahla.
Semua orang mempertikaikan kenapa ubah fikiran tak nak teruskan belajar
engineering. Sampai aku rasa, keputusan aku sangatlah salah.”
Aku menggaru kepala yang gatal. Bingung. Aku tak tahu ayat apa yang paling terbaik yang perlu aku tulis untuk menenangkan hati sahabat aku ini. Ayat apa yang paling terbaik untuk memujuknya bahawa keputusan yang dibuatnya adalah yang terbaik.
“Kau dah
lama ke balik Malaysia? Kau tahu tak sekarang dah masuk musim apa?”aku membalas
mesejnya dengan penuh soalan.
“Sebenarnya
dah seminggu aku balik. Tapi baru hari ini aku ada keberanian nak bagitau kau
dan kawan-kawan aku yang lain. Sekarang masih autumn kan?”
Butiran-butiran
salii gugur dari langit. Walaupun sudah tahun masuk ketiga aku di Rusia,
keterujaan aku menyambut salji pertama tak pernah berkurang.
“Hari ni
dah turun snow. So winter is coming, bro.”
“Laaa. Dah
winter ke? Tak sempat aku merasa. Ehhhh. Kejap! Apasal tiba-tiba kau cakap
pasal musim dan cuaca dengan aku ni? Nak buat aku menyesal tak sempat rasa
salji la tu kan.”
“Astaghfirullah
bro. Tak baik fitnah hamba yang hina dina ini. Hehehe. Tak ada la. Saja nak cakap yang musim dah
berubah.”
“Ok, sorry.
Ya la, musim sudah berubah.” Irfan seakan mengaku kalah dan kebuntuan idea
membalas mesej aku.
“Bumi ini,
apabila tiba masanya, dari musim luruh akan berubah ke musim sejuk. Tak semua
orang suka musim sejuk dan tak kurang juga ramai yang menyukai musim sejuk. Tak
lama lepas tu, musim sejuk akan berganti dengan musim bunga. Dan orang yang
menyukai musim sejuk, akan membenci musim bunga.”
“Masha
Allah bro. Kau dah kenapa bermadah pasal musim pula dengan aku? Tegak bulu roma
aku!”
Aku
tergelak membaca mesej Irfan. Memang aku ingin membiarkan dia tertanya-tanya.
“Kalau bumi
pon berubah musimnya, apatah lagi manusia. Manusia pon berubah-ubah fikiran dan
pegangan. Dan tak semua akan setuju dan suka seperti mana orang yang akan
membenci musim sejuk kerana musim luruh yang disukainya berlalu pergi. Jadi
teruskan sahaja melangkah.”
5 minit…10
minit…15 minit… 30 minit berlalu.
Namun tiada
mesej balas yang aku terima. Berkali-kali juga aku pastikan adakah mesej yang
aku taip tadi telah dihantar. Berkali-kali juga aku membaca kembali mesejku
sekira-kiranya ada silap di mana-mana.
Cuti musim
panas telah kembali. Setelah sepuluh bulan aku meninggalkan tanah airku, kini
aku kembali. Sewaktu aku masuk ke dalam kereta, mama menghulurkan sebuah buku
kepadaku.
“Nah,
abang. Tadi mama pergi MPH. Mama tengok buku ni best seller bulan ni. Jadi mama
belikan untuk abang. Abang kan suka baca buku bila cuti.”
Aku segera
memeluk mama. Aku cium pipinya dengan penuh kasih sayang.
“Terima
kasih mama sebab sokong hobi abang.”
Walaupun
sepupu-sepupu lelaki selalu mengejek aku seperti perempuan kerana membaca buku
dan novel di waktu lapang, bukannya bermain game seperti mereka, mama dan ayah
tidak pernah mempertikaikan hobi aku.
“Lelaki
yang banyak membaca dan berilmu itulah lelaki yang memiliki minda paling
kacak.” Bisik ayah kepada aku sewaktu aku menangis diejek sepupuku sewaktu
kecil dulu.
Aku
mengoyak plastic yang membaluti buku tersebut. Menghidu bau baru buku. Bau yang
paling aku suka mengalahkan bau minyak wangi mana-mana jenama mahal.
Jutaan terima kasih kepada pihak penerbit yang
sudi menerbitkan karya picisan ini,
Terima kasih kepada mak dan ayah yang sentiasa menyokong langkah kaki ini yang goyah,
Dan jutaan terima kasih buat sahabatku Ashraf bin Azmi,
Terima kasih kepada mak dan ayah yang sentiasa menyokong langkah kaki ini yang goyah,
Dan jutaan terima kasih buat sahabatku Ashraf bin Azmi,
Aku terpaku
seketika. Wah, wujud juga manusia lain yang mempunyai nama seketul seperti aku.
Benarlah bumi pun tidak selamanya kekal begitu,
ada waktu bumi akan berubah musim,
Begitu juga manusia yang sentiasa berubah-ubah,
kerana itu aku menulis karya ini kerana aku malu pada bumi.
Jika bumi pun berubah musimnya, takkan aku mahu terus berdiri kaku tidak berganjak.
p/s: aku dah tunaikan permintaan kau untuk selitkan nama kau. Mudah-mudahan kau glamour. :P
Begitu juga manusia yang sentiasa berubah-ubah,
kerana itu aku menulis karya ini kerana aku malu pada bumi.
Jika bumi pun berubah musimnya, takkan aku mahu terus berdiri kaku tidak berganjak.
p/s: aku dah tunaikan permintaan kau untuk selitkan nama kau. Mudah-mudahan kau glamour. :P
Aku pantas
menutup buku yang aku pegang. Aku melihat kulit buku dan aku membaca nama
penulis yang tertulis di situ.
IRFAN
ALIFF.
Bukan
setakat bibir tetapi hati aku turut tersenyum gembira.
1 comment
Post a Comment