Cebisan kisah aku. Kisah aku sesat dalam
terang. Jun 2014, jejak sahaja kaki di bumi sebelah sini, banyak yang berubah.
Dari bertudung labuh bidang 60 kepada tudung bidang 45. Dari baju labuh kepada
baju singkat dan ketat. Dari menjaga kepada mempertikai soal ikhtilat. Dari
rajin kepada malasnya beribadah. Dan dari kenal sehingga lupa bahawa aku hidup
bertuhan. Ya, banyak perkara aku pertikaikan, lebih-lebih lagi dulu aku budak
sekolah agama.
Menarik lagi, aku sertai
usrah bersama yang lain (roommates), tapi sayang jiwa masih terasa jauh dengan
pencipta. Sebut pasal roommates, kami kenal setahun sebelum terbang ke sini dan
mereka saksi bagaimana futurnya seorang aku. Bukan mereka tidak menegur hijrah
aku ke arah jahiliyyah, tapi barangkali kami dikaburi dengan kenyataan ‘Islam
itu mudah’ , cukuplah dengan solat dan usrah.
Beberapa bulan di negara sejuk ini, Allah
mengaturkan aku satu perkenalan dengan seorang ajnabi, seorang pendosa tegar
bagi aku. Sebut sahaja dosa apa yang tidak dilakukan. Ya,sebut saja... Sebelum
aku lebih mengenali dia, aku memandang dirinya hina dengan bebanan dosa.
Sehingga pernah suatu masa aku tertanya, layakkah keampunan Tuhan untuk dia?
Hari berganti hari, kami semakin rapat dan lembaran duka di sebalik dosa yang
dilakukan dia semakin terungkap. Banyak cerita banyak rahsia. Demi Allah, aku
takut menyimpan amanah. Setiap manusia melakukan dosa dengan sebab, jadi aku
yakinkan dia bahawa pintu taubat Allah sentiasa terbuka.
Alhamdulillah, dia
mulai solat setelah beratus sujud dengan sengaja ditinggalkan sebelumnya.
Dan
aku?! Aku terpempam dengan aturan Yang Maha Kuasa. Sungguh Dia berkuasa
menghidupkan hati yang telah mati. Sejak itu aku berfikir.
1
Ramadhan 1436, aku memilih untuk kembali. Lebih tepat lagi, aku bertatih
kembali mencari erti hidup bertuhan. Tudung aku labuhkan sedikit, ibadah aku
tingkatkan dan ikhtilat perlahan-lahan aku pelihara. Perubahan itu indah tapi
tak pernah mudah. Cuti summer, kesukaran mulai terasa bila cinta manusia jadi
ujian. Ya, cinta pada manusia. Dan seorang aku bukanlah kuat. Aku banyak
menyendiri. Aku takut. Aku bimbang jika aku berpaling lagi, ini mungkin hidayah
terakhir. Aku keliru.
Hari ini, 5.1.2016, aku masih bersyukur. Tudung
aku sekarang labuh macam akak usrah, aku ada roommates yang sangat supportive,
hidup aku lebih tenang dan bahagia. Cinta? Aku letak tepi dulu, sebab aku yakin
dengan jodoh Tuhan. Cinta yang Allah redha akan membawa aku kepada Dia bukan ke
neraka. Lagipun, sepanjang galau sekeping hati, Tuhan setia menemani, sedang
yang aku cinta entah kemana.
Sejujurnya,
ujian aku tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan dia dan kamu. Tapi, kisah
ringkas ini sengaja aku coretkan sebagai bukti bahawa hidayah milik Allah, dan
hidayah boleh menyapa kita dengan pelbagai cara yang tidak terduga. Aku yakin
bahawa manusia pendosa seperti aku, dia dan kamu mampu berubah selagi mana kita
dijanjikan satu perkara, iaitu harapan. Harapan bahawa Allah sentiasa menunggu
kita, untuk kembali kepada Dia.
Satu lagi perkara, bila kita lemah kita
perlukan harapan dan sokongan. Kalau kita tengok kawan kita nak berubah, andai
tak mampu sokong, jangan condemn. Hari ini pun, aku mampu menulis kerana saat
aku memilih untuk berubah, roommates aku sentiasa ada untuk support. Lagipun,
apa guna kawan kalau tak sampai syurga kan?
* roommates aku masih belum bertudung
labuh, tapi bagi aku hati diorang cukup labuh untuk aku berteduh.
1 comment
Post a Comment