NIZHNY NOVGORAD || A GIFT OF SNOWFLAKES 2.0

0 comments


Alhamdulillah pada hari Ahad 29 November 2015 yang lalu pihak AZAM Russia Nizhny Novgorod telah menganjurkan saatu program amal iaitu 'A Gift of Snowflakes 2.0' yang terbuka kepada semua mahasiswa daripada pelbagai bangsa dan agama.
Mekanisma program ini adalah dengan memberi sumbangan barang keperluan kepada fakir miskin yang diedarkan melalui masjid dan gereja di Nizhny Novgorod.
Objektif program:
1) membentuk insaniah dalam diri, mewujudkan simpati dan empati dalam diri mahasiswa.
2)menzahirkan bahawa Islam menyeru umatnya menyatuni masyarakat lain tanpa mengira bangsa dan agama.
3) membuka peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat tempatan.









Post a Comment

ST. PETERSBURG || REMEMBRANCE IN JUMAAH AGAINST LUST(R.I.J.A.L)

0 comments
Tazkirah R.I.J.A.L.(Remebrance In Jumaah Against Lust) Alhamdulillah pada 27 November, jumaat baru-baru ini sekumpulan mahasiswa penuntut jurusan kejuruteraan di State Marine Technical University of St. Petersburg telah mengadakan satu sesi tazkirah yang berkisar tentang kebersihan. Kebersihan yang dimaksudkan adalah; 1)dari segi rohani, yang berkisar tentang menjauhkan diri dari kesyirikan dan membersihkan jiwa dan akidah dengan menyembah Allah semata-mata, menyucikan diri dengan ilmu yang diambil dari dua sumber yang sahih, al Quran dan As-sunnah dan membersihkan diri dengan menjauhi diri dari sifat-sifat mazmumah seperti riyak, ujub dan takbur. 2)dari segi jasmani, yang menyentuh soal penjagaan kebersihan diri sendiri dan sekeliling, yang sepatutnya telah menjadi norma dalam kehidupan seorang muslim dengan menitik beratkan soal kebersihan dari sekecil-kecil perkara seperti memotong kuku, membersih bilik tempat tinggal sehingga lah sebesar-besar perkara seperti soal kebersihan tempat awam yang menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai warga. Jelaslah bahawa, kebersihan bukan soal yang remeh, bahkan ianya amat dituntut dalam Islam sebagai mana di dalam Quran Allah berfirman; ".....Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." -Baqarah:222






Post a Comment

VOLGOGRAD | WARMTH FOR HOMELESS

0 comments
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ala kulli hal. Pada 25 Oktober 2015, pihak Azam Russia Volgograd telah menganjurkan satu program amal iaitu 'Warmth for Homeless' yang terbuka kepada semua mahasiswa di Volgograd.

Program ini mensasarkan golongan gelandangan di sekitar Volgograd dengan tujuan membuka peluang kepada mahasiswa perubatan di Volgograd untuk merasai pengalaman dalam menyantuni masyarakat gelandangan dan seterusnya mewujudkan suasana positif dalam membentuk mahasiswa yang berilmu, mapan, cekal, bertaqwa, dan progresif.

Objektif lain ialah membentuk mahasiswa untuk membangunkan pembangunan insaniah dalam diri, mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mahasiswa sebagai persediaan melahirkan generasi pelapis negara yang cakna terhadap masalah yang dihadapi masyarakat.

Pelbagai bantuan dalam berbagai bentuk telah diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan. Dengan wujudnya interaksi antara mahasiswa dan golongan gelandangan ini, inshaAllah akan timbulnya kesedaran untuk melihat golongan seperti ini sebagai satu anugerah Allah kepada masyarakat untuk kita ambil peduli.

Dan menunjukkan betapa cintanya Allah kepada kita dengan menciptakan mereka dan cintanya Allah kepada mereka dengan ciptakan kita.

Poster Warmth For Homeless

AJK dan juga para peserta

Add caption





Post a Comment

MOSCOW | BAZAAR FOR REFUGEE

0 comments

Beautiful message for Syria, Gaza and others.
Alhamdulillah baru-baru ini AZAM Moscow telah mengadakan satu program berbentuk ‘’Charity’’ iaitu BAZAAR FOR REFUGEES atau singkatanya BFR dengan bilangan kehadiran mencecah 180 orang.

Tema yang dibawa , kemanusiaan , terus dapat kita fahami bahawa program ini tidak hanya memberi pembaikan ekonomi kepada sesebuah pihak , mahupun berkumpulan atau individu . Hal ini demikian , tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peringatan atau kesedaran kepada masyarakat yang berkait rapat dengan nasib saudara kita yang ditindas di seantero dunia. Melalui BFR ini , 30% keuntungan hasil jualan setiap penjual akan disalukan kepada satu badan kemanusiaan di Malaysia iaitu (MyCare).

Program ini berlangsung pada 25hb Oktober yang lalu di Dewan ISKC, MAI. Bermula dari Jam 11 pagi peniaga dan juga pengunjung mula memenuhi dewan ISKC. Pelbagai jenis makanan tempatan Malaysia , t-shirt, buku-buku ilmiah, dijual pada hari tersebut . Terdapat juga booth ‘’Lepak-Lepak Bahagia” dimana menceritakan kepada pengunjung yang hadir mengenai ‘’Refugees” itu sendiri serta menjelaskan apa itu ‘’Lepak-Lepak Bahagia’.Terdapat beberapa persembahan menarik yang berlangsung pada hari tersebut antaranya Flashmob yang disertai kumpulan pelajar MAI , pidato disampaikan , Florence Najla bt Ahmad Soekarman , syair dan sajak yang dinukilkan oleh Anis Salman turut selangi dengan nasyeed didendangkan oleh Fakhri dan Radzwan dan banyak lagi.

Jutaan terima kasih kepada semua persatuan yang turut serta, para pengunjung dari pelbagai lokaliti, serta sekalung penghargaan buat pegawai-pegawai kedutaan yang sudi hadir memeriahkan lagi BAZAAR FOR REFUGEES ini. Program ini berakhir kira-kira jam 4 petang.

Harapan kepada semua mahasiswa agar terus menghidupkan sifat ambil tahu dan juga sifat saling membantu kepada golongan yang memerlukan serta terus cakna dalam isu semasa berkaitan saudara-saudara kita yang di tindas ketika ini.
Presiden AZAM Moscow bersama Pegawai Mara, En Saifuddin Ahmad


Suasana semasa event berlangsung

Persembahan daripada pelajar MAI
Flashmob daripada pelajar MAI

Persembahan daripada Ilham Muntari dan juga Ashrul Affiq  
Para penjual daripada PPIM
Para penjual


 FLASHMOB BAZAAR FOR REFUGEE




Post a Comment

PYT Dato' Duta Malaysia di Russia

0 comments


Aktivis Azam Russia bersama PYT Dato' Hayati bt Ismail

[ AZAM Russia mengalu-alu kan kehadiran PYT Dato' Duta Malaysia yang baru ]

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, masyarakat Malaysia di bumi Tanah Persekutuan Russia telah menerima kehadiran PYT Dato' Hayati bt Ismail sebagai Duta Malaysia yang baharu ke Persekutuan Russia, menggantikan TYT Dato' Zainal Abidin yang telah menamatkan perkhidmatan beliau.

PYT Dato' Hayati sebelum ini pernah bertugas di negara seperti Jerman, New Zealand, Namibia dan Kanada sebelum tiba secara rasmi di Russia pada 29 Oktober 2015 yang lepas.

AZAM Russia mengalu-alukan kehadiran beliau, dan berharap agar gerak kerja kedutaan Malaysia yang baik di Russia dapat diteruskan di bawah pimpinan beliau, khusus nya dalam menambah baik sinergi antara kedutaan-mahasiswa.

AZAM Russia juga mendoakan agar beliau senantiasa dikurniakan kekuatan oleh Allah bagi menggalas dan melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik.

Dengan KeAZAMan, KITA Bermula.

Muhammad Ilham bin Muntari,
Presiden AZAM Russia 2015-16


Post a Comment

NADWAH NEGARA RAHMAH AKTIVIS AZAM MOSCOW

0 comments
[ MOSCOW ] 

NADWAH NEGARA RAHMAH AKTIVIS AZAM MOSCOW


MOSCOW, 1 Nov - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 1 November 2015 yang lalu, telah diadakan sebuah program nadwah (konferens), yang mengumpulkan 30 aktivis teras AZAM Russia cawangan Moscow.


Bertemakan “Negara Rahmah”, nadwah dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Presiden AZAM Russia, Ilham Muntari dengan kertas yang bertajuk “ Negara Rahmah Menurut Mazohir Usul 1 al-Banna.” Para aktivis didedahkan ciri-ciri pembentukan sebuah negara berdasarkan islam yang syumul.


Sesi nadwah diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan oleh setiap aktivis yang dibahagi mengikut kumpulan. Antara intipati perbincangan nadwah ialah realiti semasa negara, idealisma-idealisma yang wajar diketengahkan, dan peranan semua pihak dalam membentuk Negara Rahmah. Aspek yang dibincangkan menyentuh isu Politik, Ekonomi, Masyarakat Majmuk dan Wanita serta Keluarga.

Diharapkan, menerusi nadwah ini, para aktivis teras AZAM Moscow dapat menjana kefahaman yang lebih mendalam dalam diri tentang isu-isu kritikal di Malaysia, seterusnya meletakkan aspirasi dan idealisma bersama dalam menyampaikan Malaysia menuju Negara Rahmah, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Saba’ ayat ke 15; “Baldatan Toyyibatan wa Rabbun Ghafur (negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun).

PRESIDEN AZAM RUSSIA
PARA AKTIVIS 
SESI PEMBENTANGAN
SESI PEMBENTANGAN
PARA AKTIVIS TERAS AZAM RUSSIA CAWANGAN MOSCOW



Post a Comment