Memoir Di Tanah Ditarbiyah

0 comments
Sebuah coretan khas buat kalian yang bakal memulakan semester baru di bumi Russia. Semoga menjadi bekalan yang menghidupkan hamasah yang hebat! (dipetik dari http://aizadiha.blogdrive.com/)

Dicatat sebagai peringatan aku kepada sebuah tempat yang mengajar aku tujuan hidup..

3tahun lepas yang saya tidak ingat tarikhnya, ketika itu senja baru berlabuh walaupun jam sudah menunjukkan 9malam..summer, lebih kurang tarikh macam sekarang mungkin. Hari hampir gelap tapi masih ada saki baki cahaya di kaki langit,ditambah pula dengan lampu jalan yang samar-samar.

Seorang sahibah teringin membeli air mineral, musim exam kan. Tanah pun dah lama tak dijejak, air masak di rumah tak bisa menghilangkan haus di tekak malah menyakitkan ada.  Tak jauh pun produkti (kedai runcit) tu, sekangkang kera je.. tapi hari pun dah gelap,risau pula beliau pergi sendiri.

“Tak apalah, meh saya teman”

Maka kami pun meredah kegelapan berdua..sampai depan produkti, aiseyh tutup pukul 9pm pula. “Tak apalah, jom kita jalan depan sikit.Sana ada supermarket”..

Nak dijadikan cerita, izin Allah…

Perjalanan pun jadi jauh sedikit, maka by the time kami berjalan pulang jarum pendek jam sudah menjejak di angka 10. Gelap sedikit. Melalui lorong depan apartment, kami berdua berborak sakan. Suara saya lah paling kuat,jalan pula di tengah-tengah macam jalan bapak dia punya,hehe..

Tiba-tiba,sahibah saya bersuara… “awak,tepi sikit. Ada orang nak lalu..”

Secara automatik kepala saya terpusing ke belakang, dari ekor mata berupaya menangkap sosok 5 remaja lelaki belasan tahun sedang jalan sebaris menutupi seluruh lorong. Terus saya bergerak sedikit ke tepi memberi  ruang. Berdebar sedikit, gaya mereka semua serba hitam.. jalan pula macam nak masuk gelanggang berjumpa musuh.Mereka terus mendekati sehingga betul2 dibelakang saya. Adus,cepatlah lalu..

Tiba-tiba. Terasa seperti bahagian hadapan baju saya direntap oleh tangan seorang lelaki. Badan saya ditarik dan dirapatkan ke badannya..saya keliru.Muka tertunduk sahaja sebab blur.Kemudian terdengar sahabat saya menjerit2 “jangan ambil dia!~” (kenapa bahasa melayu?) sambil cubaan merampas saya dari lelaki tadi. Terus, perbuatan tersebut menimbulkan kemarahannya..dan kesemua mereka berlima bergilir2 menumbuk,flying kick,back kick,side kick,scissors kick.. 2gadis berhijab yang tak berupaya buat apa-apa. Kami dibelasahi sampai terjatuh, suara tangisan terdengar tapi -apa mereka kesah? Paling jelas di ingatan saya suaranya menyebut “eta di tvoya strana!”  (it’s not your country!)..

Semuanya berlaku dengan cepat sekali.

Sedar-sedar,mereka berlima meninggalkan kami di atas tanah selepas seorang makcik tua berjalan ke arah kami. Saya ingat kena pergi hospital dah waktu tu. Habis laa.. masuk berita lah ni, patah riuk la aku ni, mati dah ke aku ni?

Ehe..alhamdulillah,alhamdulillah..Allah masih mempertahankan kami. Saya sedikit pelik waktu tu sebabnya, badan saya tak rasa sakit pun. Tak faham..tadi macam semangat je diorang mencurahkan tenaga. Selepas mengumpul kekuatan, kami berdua bangun menuju ke rumah..(lagi beberapa langkah sahaja ke depan pintu rumah). Kedua-dua terdiam tanpa kata. Naik ke atas, tanpa bertegur dengan housemates terus berdua masuk ke bilik air.. meraung! Oh, bukan sebab sakit, tetapi geram yang teramat sangat sebab kami dikalahkan tanpa diberi peluang mempertahankan diri! Al-maklumlah, kedua-dua pun ahli silat, jadi kekalahan tak masuk dalam kamus hidup kami (haha,padahal banyak kali je lebam dan patah jari akibat sparing)..

Selepas menangis, tahulah saya. ketika dibelasah tadi..sahabat saya telah memeluk saya.. dan disebabkan diri ini agak kecil sedikit berbanding diri beliau yang tinggi..maka kurang lebih sepakan mereka tak hinggap pun atas badan saya yang berada dalam dakapan sahabat. Subhanallah..mulianya hatimu teman. Kesian dia, esoknya ke kelas dengan mata lebam sebelah (pernah ke budak perempuan mata lebam sebelah,hehe) dan sakit2 badan.

Begitulah cerita yang berlaku tidak berapa lama yang lepas. Ia tidaklah signifikan mana, bukan juga memoir buruk dalam hidupku sebagai perantau, kerana yang lebih penting aku ingin ceritakan di sini.. adalah mawar yang telah tumbuh dalam hatiku sebagai pengubat segala kesusahahan selama 6 tahun aku di sana. Mawar, yang tumbuhnya menghidupkan dan mendamaikan seluruh perasaan sesiapa yang merindui Allah..

Terasa dekat segala-galanya dengan aku. Kini, aku di airport menunggu masa untuk meninggalkan tanah soviet yang pernah mencatat sejarah paling indah dalam kamus kehidupan seorang Aizadiha... ye teman.. kini aku bergelar doktor, perjalanan hidup kini diteruskan bukan lagi di negara orang, tapi di tempat sendiri.Hrm, it’s not your country..

Masih panas jeritan itu di gegendang telingaku..

Kalaulah boleh aku katakan pada mereka-ya ini memang bukan negaraku, bukan tanah tumpah darahku.. tapi ini tanah kepunyaan Tuhanku (dan Tuhanmu), sedangkan tempat ditumbuk lagi dikenang,apatah lagi tanah ditarbiyah!

Negara rusia ini sudah lama sedih ok! Kerana kamu semua meng-komuniskan ia, kamu merosakkan muka buminya.. dengan hutan jahiliyyah, dengan lautan arak, malah menganggu alam ini bertasbih kepada Ilah al-wahid ketika kamu bising menyanyikan dan menarikan lagu2 iblis.

Alhamdulillah,islam telah hadir.. Allah menghantar tentera2nya dari bumi yang kecil (yang kamu tidak tahu namanya) Malaysia untuk mengislahkan tanah ini dan mengizzahkan islam di sini. Alangkah indah perancangan Allah.. 6tahun lepas ketika aku memijak bumi rusia ini, ia masih gersang dan islam masih asing.

Kini..subhanallah.. ramainya wanita muslimah berhijab! Ramainya para duat bertahan kemas hatinya dan teguh langkahnya. Oleh itu,kamu..yang memukulku 3tahun lepas.. bersedialah menerima cahaya islam yang bakal menerangi seluruh bumi itu nanti. Janji Allah yang pasti..dan aku akan tetap menyayangi tanah itu sebagai rumah keduaku, tempat berteduhnya anak-anakku tercinta  yang dahaga ilmu dan tarbiyah..

Adik-adik yang dikasihi..pelapis dakwah..

Baru 9jam meninggalkan kalian tapi hati ini sudah terlalu rindu. Banyak kali aku melayarkan sms pada adik2 ku sehingga ada yang bertanya “kenapa ni kak?Asik rindu je”

Rindu fillah.. rindu lillah.. hebatnya kuasa Allah yang menyatukan hati kita kemudian Dia pisahkan kita begini. Gambar2 kalian diulang-ulang lihat, video kita diulang2 tayang.. kalaulah boleh selamanya memeluk kalian dengan erat, akan akak buat. Tapi itu bukan kehendak Allah. KehendakNya,kita kembali ke tempat asal kita yang menjadi medan sebenar tanggungjawab pengkhalifahan ini. Adik-adik harus kuat, agar kami juga semakin kuat mendapat hamasah kamu semua..

yaAllah,,rindunya..

bumi itu kini sedang basah.. oh,aku rindu bau hujan itu. Status fb seorang adik “Di kala mereka pergi maka datanglah hujan berserta petir dan guruh..menyejukkan hari2 yang panas sebelum ini..”.. subhanallah.. rupanya alam turut bertasbih dan basah sepertimana basahnya mata2 kita hari ini kerana cinta yang menerbitkan halawatul iman..p/s:jangan disia2kan air mata itu!

Teringat hari2 kita berusrah..di Qalam,di restoran-yakitoriya..kazan…kolibri.., picnic di mamaev,di tebing Volga, petang2 bermain rollerblade dan frisbee, berendam dalam sungai Volga yang sejuk…  sambil mentadabbur alam dan membasahkan ruh..sebagai bekalan perjalanan yang masih jauh.

Terasa sangat bertuah kerana Allah memberi peluang untuk berkenalan dengan kalian semua..adik2 ku yang disayangi sepenuh hati. Kalianlah dorongan,kalianlah inspirasi. Teruskanlah apa yang sudah dimulakan agar rantaian tarbiyah ini terus bersambung hingga generasi seterusnya…dan seterusnya.

Adik-adik,

Jagalah Iman,jagalah ukhuwwah..dakwah kita,dakwah kasih sayang. Lantaran itu akak sangat sayang dengan kamu semua..berhenti menangis, kerana pertemuan & perpisahan kerana Allah itu sumber kekuatan orang berjuang. Bacalah quran selalu,kerana setiap kali itu kalian akan dapat semangat baru untuk meneruskan dakwah..

Salam penuh cinta,rindu dan kasih


Post a Comment

Menjadi Rabbani

0 comments
Assalamu'alaikum wrt

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ
Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. [3:79]
Sebagai Muslim yang tak reti berbahasa Arab, pemahaman kita terhadap al-Quran adalah terhad. Sementara kita berusaha untuk me"mantap-fasih"kan penguasaan bahasa Arab kita, kita boleh mengoptimakan alat bantu belajar yang boleh menambah pemahaman tentang al-Quran, dan tentunya menambahkan rasa seronok dan rindu untuk membaca al-Qur'an.


[caption id="attachment_789" align="aligncenter" width="124" caption="kakashi pun baca al-quran :)"][/caption]
Antara yang mudah didapati, adalah podcast kuliah tafsir Juzu' Amma dan surah-surah lain dalam bahasa Inggeris oleh Nouman Ali Khan. Surah-surah dikupas oleh beliau melalui sudut bahasa arab dengan cemerlangnya. [klik sini]
Selain itu, terdapat juga video rancangan Khawatir Quraniyah (The Quranic Contemplation) di Youtube, yang dihoskan oleh...

Amr Mohamed Helmi Khaled[1] (Arabic: عمرو محمد حلمي خالد‎) (born September 5, 1967) is anEgyptian Muslim activist and television preacher. The New York Times Magazine, in reference to Khaled's popularity in Arab countries, described him in its April 30, 2006 issue as "the world's most famous and influential Muslim television preacher." Amr Khaled has recently been chosen as number 13 of the world's most influential people by Time Magazine[2] and sixth most influential intellectual in the world by Prospect magazine. [from : Wikipedia]
Khawatir Qur'aniyah merupakan rancangan TV yang ditayangkan pada bulan Ramadhan. Setiap episod panjangnya kurang dari setengah jam, dan memfokuskan kepada "the big picture" atau tema pokok setiap surah dalam al-Quran. Ini memudahkan kita untuk "meng-ekstrak" pengajaran-pengajaran utama yang tersirat dalam setiap surah.



[caption id="" align="alignnone" width="420" caption="The big picture of each surah?"][/caption]
Berikut merupakan link video-video tersebut :

Semoga perkongsian ini dapat :
  1. menggelorakan keazaman untuk membaca al-Quran hari-hari
  2. meningkatkan pemahaman & amalan melalui bacaan al-Quran
  3. membantu kita berkongsi pengalaman kita bersama al-Quran dengan orang lain
Allahu'alam...


Post a Comment

Russia Winter Gathering 2011

1 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.


Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera



1 comment

Post a Comment

Jagalah Tubuhmu!

0 comments
Sebuah hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain - keadaan hidupmu sebelum datangnya maut, keadaan lapangmu sebelum datangnya kesibukan, keadaan kayamu sebelum datangnya kemiskinan, keadaan mudamu sebelum datangnya tua dan keadaan sihatmu sebelum datangnya sakit.”

Perlukah kita menjaga kersihatan ketika masih muda?
Berapa banyakkah wang yang kita belanjakan demi kesihatan?
Berapa banyak pula masa yang kita peruntukkan untuk kesihatan?
Berapa banyak pula usaha kita untuk memastikan kita sentiasa sihat?

Jawapannya pasti berbeza antara satu sama lain.
Mungkin ada yang berpandangan, kesihatan adalah sesuatu yang susah untuk diukur. Ada sesetengah orang nampak ‘sihat’ tapi sebenarnya ‘sakit’. Ada pula yang kelihatan ‘sakit’ tapi sebenarnya ‘sihat’.
Apapun pandangan kita, kesihatan adalah sesuatu yang boleh dijaga, diramal dan diukur. Teknologi hari ini memungkinkan kita melakukan beberapa amalan pencegahan dalam mengekalkan kesihatan. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali tua dan mati.
Namun dalam persoalan kesihatan ini, ada beberapa perkara yang tidak boleh kita nafikan iaitu:


Read more

Post a Comment

Checklist!

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ramadhan, merayakan hari raya (tahun ni, alhamdulillah ramai merasa beraya dengan keluarga : ) dan memulakan sesi akademi 2011/2012. Ada yang akan menyambung pelajaran di Russia, dan ada juga yang BAKAL memulakan pembelajaran di Russia.

InsyaAllah kali ini kita akan buat checklist senarai "things-to-bring/do" untuk membantu adik-adik kita yang akan terbang merentasi benua menuju tanah Soviet - Russia. Barangkali, tulisan penulis agak terhad kerana bersandar pada pengalaman individual, maka kami mengalu-alukan anda - para pembaca untuk menambah/menolak/mencadangkan/membangkang mana yang perlu.

Things-to-do / things-to-bring

1. Pakaian.

- kuantiti : bergantung kepada individu seperti adakah anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama (jika ya, bawa lebih), adakah anda malas untuk basuh baju atau hantar ke dobi (jika ya, bawa lebih) dan faktor-faktor lain

- jenis-jenis pakaian : pakaian untuk keluar/ke kelas, pakaian formal/kebangsaan untuk majlis-majlis rasmi, pakaian indoor/duduk di rumah (buat tidur, buat memasak), pakaian musim sejuk (pakaian untuk menghadapi cuaca extreme digalakkan untuk beli di russia sahaja. ketika fly, bawa yang simple-simple sahaja dan long john / thermal wear)

- shopping pakaian : boleh dibeli pada bila-bila masa. di russia juga terdapat 'discount centers' yang menawarkan barangan-barangan seperti Nike, Reebok, Adidas etc pada harga berpatutan. selain itu, lazimnya, barang-barang dijual dengan potongan harga pada winter sale yang bermula lebih kurang pada bulan disember.

- ciri-ciri pakaian : menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat, tidak jarang. dengan mematuhi garis panduan pemakaian islami, anda boleh solat di mana-mana ceruk russia (terutamanya ketika kelas dan ketika keluar jalan-jalan atau shopping) tanpa memerlukan pakaian solat anda seperti telekung. anda hanya perlu ambil wuduk/tayamum, menghadap kiblat dan ya, SOLAT! (:

2. Dokumentasi

- gambar : sebahagian penaja ada menggariskan berpuluh-puluh keping gambar saiz pasport non-glossy. kedengaran agak tak munasabah. tapi, insyaAllah dengan bekalan gambar sebanyak itu, anda boleh berurusan dengan pihak-pihak berkaitan (seperti pejabat dekan dsb) untuk beberapa tahun tanpa perlu mengambil gambar baru! non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang ditempek di atas gambar tidak mudah tertanggal.

- surat sijil segala bagai : memandangkan setiap tahun, polisinya dan keadaannya berbeza-beza, penulis tidak berani untuk menulis tentang hal ini. penulis menasihatkan bakal-bakal pelajar untuk merujuk sendiri kepada pegawai penaja/ejen anda.

- nostrification (a process of granting recognition to a degree from a foreign university) : selalunya, untuk bakal-bakal pelajar baru, pihak penaja / ejen ada turut terlibat dalam menyelesaikan urusan ini. anda boleh bertanya mereka tentang progress nostrification anda. untuk pelajar-pelajar di Sechenov's First Moscow State Medical Universty, anda boleh melayari website persatuan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.(klik sini)

3. Urusan bank (pengalaman penulis terhad pada penggunaan Maybank)

- akaun bank : rujuk penaja anda berkenaan akaun bank di russia. lazimnya, untuk pelajar MARA, elaun akan di-bank-in ke dalam akaun Maybank. di russia, anda boleh mengeluarkan duit menggunakan kad ATM maybank anda.

- kad ATM maybank : untuk mengeluarkan wang anda di mana-mana mesin ATM di luar negara (baik di russia, germany, egypt dsb) kad ATM maybank anda perlulah diactivekan. (1) pergi ke mana-mana mesin ATM maybank di MALAYSIA. (2) pada screen, tekan other options sehingga anda bertemu menu  <PLUS activation> (3) aktifkan, dan kad bank anda sedia digunakan di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia! selamat berjimat :)

- maybank2u : khidmat ini membolehkan anda melakukan urusan bank secara online seperti melihat baki dalam akaun anda, elaun sudah masuk belum dan memindahkan wang ke akaun lain. untuk tujuan ini, penulis secara peribadi lebih prefer untuk pergi ke mana-mana cawangan maybank dan berjumpa dengan pegawai untuk mengaktifkan khidmat ini yang melibatkan signing up as first time user, pendaftaran nombor telefon dan request TAC.

4. Ubat-ubatan & kesihatan

- sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain; rujuk doktor anda untuk mendapatkan 'nasihat terakhir' sebelum berlepas. dapatkan bekalan ubatan sebelum berlepas ke rusia. Pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doctor agar mudah untuk anda membelinya di Russia nanti.
- elakkan jatuh sakit di rusia.

5. Peralatan elektrik

- periuk nasi elektrik adalah antara perkara penting untuk dibawa. untuk memudahkan, anda boleh berpakat dgn beberapa orang kawan untuk share periuk di sana nanti
- adapter (penting & sangat bernilai)! di sana, plugnya 2 pin, manakala barang-barang elektrik dari malaysia (periuk nasi, laptop, charger, hairdryer) adalah 3 pin. anda tak perlu bersusah payah membeli adapter yang fancy-fancy harga puluh-puluh ringgit. cukuplah yang simple-simple. [pengalaman terakhir penulis membeli adapter adalah di mydin. penulis beli banyak-banyak terus :) ]


6. Makanan

- keperluan makanan dari malaysia adalah berbeza mengikut selera anda dan kepakaran anda memasak (lazimnya, waktu awal-awal fly ramai orang akan membawa perencah nasi goreng dan brahim's.. tapi lama kelamaan, bila makin terel memasak, dah tak bawak perencah nasi goreng.)
- berikut adalah antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih makanan yang akan dibawa ke sana nanti
  • perencah nasi goreng (sesuai untuk beginner dalam bidang masakan, sesuai untuk dimasak ketika masa-masa kecemasan seperti ketika musim sibuk exam)
  • brahim's (seperti di atas)
  • ikan bilis (seperti di atas)
  • megi (seperti di atas, dan juga kerana megi malaysia berganda jauh lebih sedap dari di russia)
  • santan serbuk (bersifat lebih ringan berbanding santan cecair. sangat sesuai digunakan ketika merindui masakan malaysia yang berlemak seperti kari, kurma, nasi lemak, rendang dsb.. jika santan habis, anda boleh menggantikan dengan susu yang banyak terdapat di rusia)
  • serbuk cili / cili kering (untuk memedaskan masakan, sangat perlu untuk membuat sambal)
  • serbuk rempah seperti rempah kari, kurma, sup etc (tak perlu bawa banyak-banyak. lazimnya, memang susah nak habis kalau bawa 1 paket besar. digalakkan untuk share bersama kawan-kawan)
  • perencah tomyam
  • asam jawa / asam keping (di rusia tiada)
  • condiments spt kicap & sos cili (di rusia, sukar dijumpai dan tak sesedap malaysia. untuk sos cili, boleh cari yang dijual dalam plastik dan untuk kicap, boleh ditransfer ke dalam botol plastik. ini dapat mengurangkan berat luggage)
  • bahan-bahan basah yang dirasakan perlu bergantung pada keperluan, kepakaran dan kehendak individu. yang sukar dijumpai di rusia adalah cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai. (untuk bahan basah ini, pastikan semuanya tidak lembap, disimpan dalam bungkusan yang kemas dan sebaik tiba di hostel di rusia nanti, segera simpan dalam ruang beku peti sejuk untuk memastikan tahan lama)
  • lain-lain seperti belacan, tepung goreng KFC, ajinomoto dan sebagainya
- jangan risau jika anda belum mahir memasak. insyaAllah di rusia, anda ada banyak peluang untuk try & error. :)
- jangan risau andai anda merasakan makanan yang anda bawa tidak cukup. bergembiralah dengan yang sedikit. allah itu ar-razzaq.

7. Alatan pembelajaran
- sebagai permulaan, anda digalakka membawa alat-alat tulis yang asas. sediakan juga buku-buku catatan..
- buku teks akan disediakan oleh pihak universiti

8. Keperluan beribadah
- ini adalah antara keperluan yang perlu untuk merantau jauh ke tempat orang. di rusia, tiada ibu bapa, ustaz-ustaz atau guru agama. yang ada hanyalah sesama kita. jadi persiapkan diri kita dalam kesemua aspek untuk menjadi Muslim 24-7.
  • al-quran beserta terjemahan. mengapa perlu terjemahan? agar anda dapat memahami isi kandungan al-quran itu. lebih molek, jika al-quran itu bersaiz mini. mudah dan ringan dibaca di mana-mana seperti ketika commuting ke kelas-kelas. al-quran terjemahan yang bersaiz mini kini terdapat banyak di pasaran dengan beraneka macam design :)
  • buku zikir amalan harian. lazimnya, adalah ma'thurat. buku2 islami yang lain.
  • sejadah.
  • pakaian berkaitan. selain pakaian berkaitan seperti telekung, kopiah, kain pelikat; pastikan pakaian harian anda menepati ciri-ciri yang membolehkannya untuk dibawa solat.
  • kompas penunjuk kiblat
  • soft copy / apps - lengkapi laptop, mobile phone & gadget-gadget anda dengan apps berkaitan seperti islamic finder (waktu solat & azan), penunjuk kiblat, senarai Emulsifier yang haram, e-books buku-buku islami, mp3 al-quran + lagu-lagu kerohanian dan sebagainya
9. Kesediaan minda & jiwa
- berdoa agar Allah memberkati jalan hidup anda ini dan sentiasa menetapkan diri kita dalam keimanan
- set-kan dalam minda dan jiwa anda - kenapa aku ke russia? innamal 'amalu bin niyat..
- mantapkan pengetahuan anda tentang islam sedalam mungkin sebelum ke sana. juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk belajar lebih dalam tentang keindahan, praktikaliti dan fleksibiliti islam seperti ketika bagaimana untuk solat ketika bermusafir, ketika dalam kapal terbang, ketika musim sejuk dan sebagainya.
- hubungi teman-teman & saudara-mara. minta mereka doakan pemergian anda.
- dalami adab-adab bermusafir. antaranya, solat sunat musafir ketika dalam perjalanan
- dan, expect the unexpected.. ada banyak perkara yang Allah takdirkan untuk kita di russia nanti! ;)

'Allahu'alam.. Harap membantu.. :)


Post a Comment