Cabaran Itu Lawan.

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita pernah berusaha,dan kadang-kadang kita pernah terjatuh.Kita mula berhenti dari mengorak langkah.Kita mula gundah untuk maju ke hadapan. Tetapi tahukah jalan kita masih panjang.Pernah tak kita memikirkan cabaran yang kita alami sekarang berbanding dengan saudara-saudara Palestin kita di sana.

Padahal cabaran yang kita alami sekarang tak sebesar cabaran yang dialami oleh saudara-saudara kita di sana.Kita takut untuk maju ke hadapan,kita malas,kita takut untuk cuba sesuatu yang baru,kita takut untuk meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan kita dan sebagainya .

Beraninya mereka tidak seperti kita. :'( [Kredit]
Saudara-saudara kita di sana yang memang berani,setiap hari berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan,berhadapan dengan kematian keluarga,berhadapan dengan bunyi-bunyi tembakan dan letupan,berhadapan dengan kenderaan perang.Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan saudara-saudara di Palestin? Adakah kita mampu bertahan?

Orang-orang yang mahu melihat kita mundur, bergembira melihat umat-umat Islam lalai dengan alat-alat hiburan yang mereka ciptakan,dan kita tertipu tanpa sedar.Mahukah kita menjadi golongan yang tertipu dan dibonekakan? Wujudkan impian untuk membebaskan diri dari perkara-perkara yang melalaikan anda,wujudkan langkah pertama anda,Mulakan langkah,biarpun dengan perlahan.Manakan anda akan merasai kisah mengenai nasib-nasib saudara di Palestin di sana,jika anda sendiri masih tak mulakan kisah dengan diri sendiri di sini.

Diri kita perlu dicabar. [Kredit]
Kita selalu takutkan cabaran,kita selalu nampak kegagalan itu dahulu sebelum memulakan usaha.Kita tak pernah jadikan cabaran itu sebagai lawan.Sepatutnya kita perlu ada rasa kita nakkan kemenangan atas cabaran itu dengan berusaha bersunguh-sungguh,doa dan tawakal.

Jika saudara-saudara kita di Palestin berhadapan dengan musuh sebagai lawan,kita di sini cuba berazam untuk meningkatkan kualiti diri dengan berhadapan dengan cabaran sebagai lawan.Jangan limitkan cabaran yang akan anda hadapi tapi cabar limit anda. 

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Kita perlu tanamkan impian untuk menjadi saudara yang bermanfaat dan mampu membantu saudara-saudara kita di Palestin di sana dalam pelbagai cara di samping menjadi yang bermanfaat untuk keluarga,rakan-rakan dan orang di sekeliling kita di mana kita berada.

[Kredit]
Wallahu'alam.


Post a Comment

Video-video Kemanusiaan - Pertandingan Sempena An-Nakbah

0 comments
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seperti yang kita maklum, baru-baru ini pihak AZAM Russia Moscow telah mengadakan pertandingan video dan status sempena peristiwa an-Nakbah. Di pihak penganjur, masha-Allah, langsung tidak kami sangkakan yang pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini menerima sambutan yang cukup luar biasa hangatnya. Paling terharu ialah kami di pihak penganjur tidak menyangka pertandingan ini telah menyentuh begitu banyak hati di luar sana untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu-isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin kini. Alhamdulillah.


Di sini, kami senaraikan kesemua video para peserta untuk dihayati dan diambil pengajaran didalamnya.

Kategori Lelaki

1)Tajuk video : Langkah Kita
   Dibuat khas oleh : SuperBOE Production dengan kerjasama iFiZZ Studio

2)Tajuk video : Prejudice in Stop Motion 
   Dibuat khas oleh :Saudara Azri Ramli

3)Tajuk video : A Short Story - Aku dan Si Melayu Celup
   Dibuat khas oleh : Saudara Ahmad Nabil Fikri

4)Tajuk video : Video Kemanusiaan sempena Hari Nakba
   Dibuat khas oleh : Saudara Omar Shukri

5)Tajuk video : Ayam Paprikskaya Bersama Chef Yu
    Dibuat khas oleh : Saudara Fadhlullah
    Link video :
    [part 1] http://www.youtube.com/watch?v=j1t5BLR_DPo&feature=youtu.be
    [part 2] http://www.youtube.com/watch?v=l7pTBf77Xts&feature=youtu.be

6)Tajuk video : Filem Pendek : Selamatkan Jiwa!
    Dibuat khas oleh : Ar-Rijal Production Penerbitan Pena Maya
    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=JBm_lLqh2Vk&feature=youtu.be

Kategori Perempuan

1)Tajuk video : Kisah Kami dan Mereka
   Dibuat khas oleh : Sisters Production
   Link video : http://www.youtube.com/watch?v=f6ATliHOtq4&feature=youtu.be

2)Tajuk video : Humanity
   Dibuat khas oleh : Raudhah Film
   Link video : http://www.youtube.com/watch?v=Clkn3ojBVdA&feature=youtu.be

3)Tajuk video : A Short Story
   Dibuat khas oleh : Soul Production
   Link video : http://www.youtube.com/watch?v=mOr6cNq35pA&feature=youtu.be


Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para peserta yang telah bertungkus lumus sehingga mampu menghasilkan video-video yang sangat osemm ini. Kita sama-sama nantikan keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi.. Jeng jeng jeng..

Wallahua'lam.


Post a Comment

Memberi Bantuan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Teringat kata-kata seorang ukthi. Menurutnya, jika dia tidak membantu orang lain, dia merasakan bahawa dirinya tidak berguna. Allahu Allah. Kata-katanya meninggalkan kesan di hati ini. Nafiun li ghairihi, yakni berguna untuk orang lain, merupakan muwasofat kesepuluh daripada 10 Muwasofat Tarbiyah. Ia merupakan salah satu daripada ciri-ciri utama pembinaan seorang tentera dakwah.

Bermanfaat kepada orang lain. [Kredit]
Kita hidup bermasyarakat. Pastinya banyak peluang untuk kita saling membantu memandangkan kita juga tidak lari daripada sifat saling memerlukan. Benar, semua nikmat adalah dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Namun, Allah SWT juga mengurniakan nikmat kepada seseorang hambaNya itu melalui hamba-hambaNya yang lain. Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada orang lain, dia tidak berterima kasih kepada Allah SWT.

Cuba kita fikirkan. Baju yang kita pakai, siapa yang menjahitnya? Buah-buahan yang kita makan, siapa yang menanam pokoknya? Kenderaan yang kita naiki, siapa yang membuatnya? Banyak lagi persoalan yang boleh diutarakan dan jawapannya tetap sama, yakni hamba-hamba Allah SWT yang lain. Hakikatnya, kita hanyalah seorang lagi hamba Allah SWT yang diciptakan dari tanah. Kita juga perlu kepada bantuan yang lain. Maka janganlah sombong untuk memberi bantuan.

'Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara..' (Surah Al Hujurat 49:10)

Rasulullah SAW membantu orang lain seperti angin yang laju. Rasulullah SAW tidak memilih siapa yang ingin baginda SAW bantu. Muslim atau kafir, lelaki atau perempuan.. Semuanya Rasulullah SAW bantu. MasyaAllah, tingginya akhlak baginda SAW.

insya Allah, semua orang mampu berubah! [Kredit]
Tahukah kamu akan kisah bantuan Rasulullah SAW kepada seorang wanita kafir tua yang pada mulanya tidak mengenali siapa sebenarnya Nabi Muhammad SAW? Pada suatu hari Rasululluah SAW membantu wanita tua ini mengangkat barang. Wanita tersebut tidak mengetahui bahawa yang membantunya itu adalah baginda SAW. 

Sepanjang perjalanan itu, dia menceritakan betapa bencinya dia terhadap insan yang bernama Muhammad (SAW). Baginda SAW tetap melayan wanita ini dengan kelembutan dan senyuman. Wanita tua ini turut menasihati Rasulullah SAW agar menjauhi Muhammad (SAW). Di akhir perjalanan tersebut, dia bertanyakan nama jejaka yang membantunya itu. Dia terkejut bila mendapat tahu bahawa yang membantunya adalah Nabi Muhammad SAW sendiri. Tersentuh dengan ketinggian akhlak baginda SAW, dia lalu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Allah SWT berfirman, 'Sesiapa yang memberikan bantuan yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya..' (Surah An Nisa' 4:85)

WAllahualam.

Post a Comment

KULIAH BAITUL MUSLIM

0 comments
Assalamualaikum, insyaAllah, temujanji kita untuk Kuliah Online bersama UmmuAtifah bagi minggu ini 








1. Kuliah BM Fasa 1

Tarikh: 28 Mei 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy

Tarikh : 30 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah




Sedikit sedutan dari kuliah sebelum, mungkin? jum!





Air Mata Yang Menangis Kerana Allah Adalah Rezeki




Pada hari kiamat, ada api yang bergemuruh, sehingga menakutkan hati setia yang melihatnya. Sehingga semua berkata nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Hanya Nabi Muhammda saw yang berkata ummati, ummati (ummatku, ummatku). Kemudian keluarlah api sebesar gunung. Maka berkatalah ummat Muhammad yang mahu menolak api tersebut,”Demi orang-orang yang solat, yang khusyuk, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang berpuasa, kembalilah engkau wahai api.” tetapi tersebut tidak juga pergi. Lalu, datanglah Jibril menghampiri Rasulullah dengan membawa air. Dipercikkan air itu kepada api yang sebesar gunung itu, lalu padamlah ia. Bila Rasulullah bertanya apakah air itu? Maka jawab Jibril, itulah airmata ummatmu yang menagis kerana takutkan Allah.



menarik bukan? jum kita teruskan bacaan di Blog Baitul Muslim. boleh tekan pautan di bawah :)






sekian, selamat beramal! salam wrt :)


Post a Comment

Resipi: Lemon Muffin

0 comments

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hampir tamat sudah semester 2012/2013 yang kita hadapi selama ini. Namun, peperiksaan yang bakal kita tempuhi masih belum tamat. Saki baki perjuangan yang harus kita tempuhi adalah titik tolak untuk ke semester yang seterusnya. Semoga semua masih punyai Himmah untuk terus berusaha, insyaAllah.

Kali ini, team kulinari Azam akan membawakan resipi muffin berperisa Lemon. Mungkin boleh menyegarkan anda tatkala sedang menelaah pelajaran. Atau menjadi makanan petang tatkala berehat sebentar. 

Bahan-bahan.

-140gm Tepung 
-1/2 sudu kecil baking powder
- 150gm Marjerin
- 100gm cream cheese
- 140gm gula halus
- 2 sudu kecil lemon zest (kulit lemon yang di sagat. Pastikan tidak terkena bahagian putih kulit lemon kerana akan menyebabkan muffin menjadi pahit.)
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil jus lemon dari lemon yang diperah tadi atau jus lemon segera.


Cara-cara

1. Pukul marjerin dan cheese sehingga kembang. 
2. Masukkan lemon zest dan gula
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Masukkan tepung dan lemon jus. Pukul sehingga sebati dan jangan terlalu lama.
5. Masukkan dalam bekas muffin dalam 2 sudu besar setiap satu. Bakar dalam suhu 180 darjah selsius selama 25 minit sehingga kekuning-kuningan.
6. Sejukkan dan hiaskan mengikut citarasa. 



Post a Comment

Ke Mana Hilangnya Semangat Itu?

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seperti yang kita tahu, terconteng-conteng di “facebook”, “twitter” dan laman-laman sosial lain mengenai An-Nakbah. Secara ringkasnya, ramai sudah sedia maklum mengenainya. Tetapi apa yang hendak ditekankan di sini ialah apa yang perlu kita buat setelah mengetahui tentang an-Nakbah, atau lebih spesifik lagi mengenai Palestin tercinta.

Saban hari, semakin berkurang semakin mengecil. [Kredit]
Patutkah kita mengambil tahu perkara-perkara yang bersangkutan dengan Palestin ini? Ya, itu jawapan yang sepatutnya. Namun, jawapan itu seperti di bibir sahaja dan semangat itu hanya hadir di permulaan kisah.

Ke mana hilangnya semangat itu? Jawapannya hanya berada di dalam jiwa, di dalam hati sanubari masing-masing. Sebagai seorang insan biasa, kita terlahir dengan sifat keperimanusiaan kerana naluri itu telah tertanam sejak awal lagi.Cuma kita sendiri yang tidak sedar dengan kelebihan yang dikurniakan Allah ini.Astaghfirullahal’azim. Semoga Allah mengampunkan kita. Amin.

Pertama sekali, marilah kita sama-sama betulkan niat kita. Sentiasalah memperingati untuk tajdid niat kita, paling kurang sehari sekali kerana hati kita ini mudah berbolak-balik.

Diungkapkan oleh Ibnu Rawaahah r.a kepada Abu ad Dardaa’ r.a sambil memegang tangannya:

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا

 


Maksudnya: Marilah kita beriman sejenak.Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.

Mujahadah ala nafs. [kredit]
Benarlah bahawa hati itu berkaitan dengan iman kita. Dan iman kita juga ada naik turunnya. Tetapi tidak perlulah kita menyalahkan iman kita kerana hakikatnya kita sendiri yang melakukan kesilapan kerana membiarkan iman itu terkulai layu.

Janganlah kita hanya berfikir untuk bersenang-lenang mengikut nafsu, kehendak hati dan keseronokan di dunia ini kerana dunia ini tidak akan kekal. Yang akan kekal hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa. Kita seharusnya lebih cenderung kepada alam yang akan kekal selamanya , iaitu akhirat.

Firman Allah dalam surah Asy-Syura [ 42:20]:

“Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat.”

Allahuakbar3x! Bergenang air mata ini membacanya.

Isu pembelaan nasib Palestin masih tiada kesudahan. Jika benar cinta itu hanya kerana Allah dan Rasulnya, pasti hati yang tulus ikhlas itu akan menjawab segala persoalan tadi.

Jika kita tidak mampu untuk melakukan segala kebaikan, janganlah pula kita meninggalkan terus segala amal kebajikan tersebut.Buatlah sehabis baik. Mungkin, bukan di sini terlihat ganjaranNya, namun, Allah itu Maha Menepati Janji.

Teruslah berjuang untuk Palestin.Banyak perkara yang mampu kita lakukan, cuma hendak atau tidak sahaja. Jika ada yang mampu untuk meng”update” di laman-laman sosial, silakan. Jika mampu untuk menderma untuk mereka, silakan. Jika mampu untuk memberi tazkirah mengenai Palestin, silakan.

Tidak akan ada satu kebaikan walaupun sebesar zarah yang tidak akan dihitung Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Teliti dan amat cepat perhitunganNya. Insya Allah, dengan hati dan niat yang ikhlas kerana Allah, mari kita teruskan perjalanan kita yang masih jauh ini.

Akan selesai bila ajal diambil Ilahi. [Kredit]

Wallahu'alam.


Post a Comment

[FOTO] REHLAH SISTERS 2013

0 comments
REHLAH SISTERS 2013
19.05.2013
PUSHKIN

















Post a Comment

[FOTO] REHLAH BROTHERS 2013

0 comments
REHLAH 2013 (BROTHERS)
19.05.2013
PARK SPARTIV
















Post a Comment

Bersediakah Kita?

0 comments
Bismilllahirahmanirrahim.

Melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak kelihatan umat Islam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Dan bersatulah Islam seluruhnya, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Biar kita jadi lebih kuat dari superman. [Kredit]
Musuh Islam sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana mereka takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi mereka berhenti sekejap kerana penat. Apabila penatnya reda, maka mereka akan berbuat apa-apa saja. 

Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya. Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila bilangan umat Islam yang turun solat Subuh seperti jumlah mereka yang turun solat Jumaat .Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Rasanya tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjemaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Jangan lemah , kita sebagai Muslim harus kuat! [Kredit]
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi, untuk kita yang berada di perantauan, walaupun masjid susah untuk ditemui, dan mungkin ada, tapi sedikit jauh dari asrama kita, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ya,mungkin sukar untuk dilakukan dalam jumlah yang ramai berikutan masalah ruang bilik yang agak kecil. Tapi, tidak mengapa. Solat berdua pun sudah dikira berjemaah. Ajaklah "roomates" untuk solat berjemaah. Kita bina kekuatan tu secara perlahan-lahan. Sumbanglah apa yang termampu pada Islam.

Lawan tetap lawan! Jangan kalah dengan bisikan syaitan yang direjam! [Kredit]
Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya .Insya Allah.

Melihat pula pada waktu subuh pada musim panas di Rusia sekarang, tentu kita akan rasa mustahil untuk bangun solat Subuh di awal waktu dan secara berjemaah. Berjihadlah. Berjihadlah dengan hawa nafsu.

Seperti mana firman Allah :


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (At-Taubah, 9: 41)

Kita punya cita-cita untuk menakluk Palestin kembali, tapi Subuh kita masih Subuh "dinasour, gajah" dan sebagainya. Berjihadlah. Berjihad dengan diri sendiri dahulu sebelum kita ingin berjihad membebaskan Palestin. Berusahalah. Berusaha mengubah diri kita sedikit demi sedikit. Mungkin kita tidak nampak kesan perubahan diri kita pada Palestin, tapi percayalah, perubahan kita itu sebenarnya melemahkan Yahudi sedikit demi sedikit. Kita sedang membina asas yang kuat. Kita sedang menaiki anak tangga untuk ke Ustaziatul Alam. Jangan mengalah sahabat. Teruskan berjuang. Untuk diri kita, untuk saudara kita. :’)

Wallahu'alam.


Post a Comment

Tips: Motivasi diri bak pejuang Palestina

0 comments
Bismilahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.

Sejarah Palestin telah ditoreh dengan perjuangan air mata, darah dan nyawa. Ia adalah sebuah epik perjuangan yang benar-benar berlaku dan bukannya khalayan atau dogengan sebuah filem peperangan atau pertempuran.

Perjuangan Palestin ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pemimpin, pejuang dan perajurit yang sangat hebat , berwibawa dan luar biasa keperibadian dan semangat juang mereka. Sama ada mereka dikenali atau tidak – betapa sesungguhnya sejarah perjuangan Palestin yang panjang ini digencarkan oleh pejuang-pejuang yang hidup dan mati mereka adalah untuk perjuangan yang suci ini.

Mereka, anda, saya, kita semua. Bukan bangsa atau umur menjadi ukuran layaknya sebuah perjuangan demi al-Haq. Tetapi apa yang membezakan tahap juang kita dan mereka di Palestin? 

Di sini dihimpunkan kata-kata mutiara yang sangat berbisa dan mempunyai aura yang luar biasa yang lahir daripada jiwa-jiwa yang berjuang dengan keimanan, keikhlasan dan keyakinan hanya kepada Allah SWT.


1. “Sekiranya saya mati, akan bangkit 1000 lagi orang seperti saya.”

Ucapan terakhir Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin HAMAS sebelum dibunuh. Kata-kata beliau ini mengambarkan sebuah keyakinan dan harapan kepada generasi muda yang dipimpin beliau dalam HAMAS.

Nadi pengerakan dan pengkaderan HAMAS ialah tarbiyah imaniyah. Mereka benar-benar menggerakan tarbiyah ini sehingga lahirnya pejuang-pejuang yang tidak dikenali di mata masyarakat tetapi kemahuan mereka kuat, tinggi hubungan dengan Allah SWT dan sangat-sangat tekun dalam memelihara amal soleh.

2. “Kematian tetaplah kematian, meskipun kerana dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Tidak ada bezanya, mati disebabkan oleh sebuah ‘apache’ atau serangan jantung. Tetapi saya lebih memilih terbunuh oleh ‘apache’.”

UngkapanAs-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi pemimpin HAMAS yang menggantikan Syeikh Ahmad Yassin. Luar biasa kecintaannya kepada jihad dan mati syahid sehingga beliau tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT. Perjuangan yang digalasnya bersama rakan-rakan HAMAS akhirnya membawa kepada kejayaanNya menemui Allah SWT melalui pintu syahid. 

Sejarah Dr Abdul Aziz Rantisi akan menggugah jiwa anda untuk mencontohi beliau. Dari semua segi, kepintarannya, kelembutannya, kewarakan dan kesungguhannya dalam berjuang!

3. “Kami bukan bermain dengan keganasan ataupun kekejaman. Kami sedang bekerja!”

Mahmoud Zahhar, salah seorang pemimpin dalam barisan kepimpinan kolektif HAMAS. Menyingkap kehidupannya membuatkan kita terpegun, kagum dan rasa begitu takjub. Beliau dikatakan antara pemimpin  barisan hadapan HAMAS selepas pemergian Dr Abdul Aziz Rantisi. 

HAMAS terpaksa merahsiakan identiti pengganti Rantisi agar ketua tertinggi HAMAS tidak diketahui umum sebagai langkah keselamatan. Namun, daripada sumber-sumber rakyat Palestin – Mahmoud Zahhar, adalah salah seorang kepimpinan HAMAS yang menjadi mastermind untuk HAMAS era baru ini.

Beliau terus-menerus bekerja, bekerja dan bekerja. Tegas, penuh disiplin dan memberikan komitmen 100% kepada perjuangan Palestin. Kerana itu, ruhnya benar-benar membakar jiwa para pejuang.

4. “ Sehari di dalam penjara seperti sejam di luar penjara.”

Ungkapan penuh bertenaga daripada Syeikh Salah Syahadah. Beliau adalah pengasas Briged Izzudin Qassam, salah satu sayap penting dalam HAMAS. Beliau terkenal dengan seorang yang teguh berpegang kepada prinsip perjuangan, berani dan gagah. Mahir dalam seni mempertahankan diri terutama Judo dan memiliki tubuh badan yang sasa dan gagah.

Beliau ditahan di dalam penjara rejim selamat 14 tahun. Namun, baginya itu tidak melunturkan langsung semangatnya, bahkan di dalam penjara beliau telah melatih para tahanan dengan senaman yang lasak, pelbagai seni pertahanan diri, berkhutbah, membaca dan menghafal Al-Quran.

Beliau juga syahid akibat serangan rejim Zionis dengan taktik paling kotor iaitu membedil bangunan 
rumahnya sehingga hancur!

5. “Silakan kau pilih wahai isteriku yang tercinta, melepaskan aku sebagai suamimu atau hidup bersama-sama dengan jihad di dalamnya.”

Tutur bicara lembut Yahya Ayyas kepada isterinya yang tercinta, Ummu Barra tentang perjuangan dan pemilihan hidupnya. Siapakah beliau? 

Beliau adalah pahlawan, ikon dan wira bagi anak muda Palestin. Beliau muncul sebagai pemimpin sayap komanda HAMAS dan pakar bom yang dapat menghasilkan impak yang kuat daripada bahan-bahan kimia yang mudah diperoleh dan ubat-ubatan sahaja. Lantaran, kemahiran dan kepakaran inilah beliau ditakuti dan digeruni oleh pihak Zionis Israel. Beliau syahid akibat dibunuh oleh rejim Zionis dengan bantuan ejen mereka daripada kalangan orang Palestin sendiri.

Mereka membuktikan harga sebuah perjuangan
Inilah mereka. Inilah kisah perjuangan mereka.
Semoga jiwa kita terbangkit dengannya!
Perjuangan sebenar menuntut air mata, tenaga, darah, hatta nyawa!

Sumber: langitilahi.com


Post a Comment

KULIAH BAITUL MUSLIM ONLINE

0 comments
Assalamualaikum wrt..
Insyaallah ini detail kuliah online bersama UmmuAtifah bagi minggu ini. Doakan kuliah berjalan lancar, teman-teman. ^_^



1. Kuliah BM Fasa 1

Tarikh: 21 Mei 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)


2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy

Tarikh : 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)


Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah




Terfikir apa yang dibicarakan minggu lepas?insyaAllah kami sediakan sedikit sedutan nota kuliah :)




Jalankan Amanah Allah



Jangan melupakan Allah, jaga amanah Allah. Dalam menjalankan amanah Allah, kadang-kadang kita lalai, kadang-kadang kita terkecundang dalam melawan dorongan nafsu kita sendiri apatah lagi dengan jolokan-jolokan syaitan, bisikan-bisikan syaitan. Untuk itu, Allah sediakan rahmat dengan taubat. Taubat nasuha untuk menyucikan hati kita untuk kembali kepada Allah. Sentiasalah bertaubat dengan penuh kekusyukan, tawadhu'. Mudah-mudahan hati kita sentiasa cinta kepada Allah.



Boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :







Sekian. Selamat beramal dan memanfaatkan ilmu! Salam wrt :)


Post a Comment

Pedulikah Kita?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt.

Sabda Rasulullah s.a.w:"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat Allah akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankan".

(Al-Tabrani)

Ayuh, bersama berganding bahu! [Kredit]
Saban hari kita digemparkan dengan berita-berita derita dari sahabat-sahabat seaqidah kita biar di pelusuk mana jua mereka berada. Perjuangan mereka dalam menegakkan panji Islam yang qudus masih diteruskan biar darah membuak-buak mengalir tanpa henti dari tubuh mereka. Anak- anak kecil, tanpa menghiraukan kekerdilan tubuh badan mereka, turut mempertaruh nyawa dan masa depan mereka untuk mempertahankan agama Allah di muka bumi ini.

Setiap hari, langkah keluar mereka tidak dapat menjanjikan yang mereka akan dapat pulang kembali ke rumah sebagaimana keluarnya mereka bersama anak-anak mereka. Setiap hari mereka melangkah, mereka tidak tahu adakah itu langkah terakhir mereka meninggalkan keluarga ataupun tidak. Tetapi apa yang mereka tahu, balasan Allah terhadap perjuangan mereka adalah pasti.Ya, mereka pasti.

Tidak sanggup untuk melihat perjuangan yang mereka lalui. Jika mereka yakin, jika mereka tahu maka kita juga perlu yakin dan tahu. Kerana apa? Kerana kita juga adalah sama seperti mereka, melafazkan satu kalimah agung, mewarisi mukjizat yang mulia dan berusaha untuk mengangkat panji-panji Ilahi.

Aku mengharapkan bahawa akulah orangnya! Amin. [Kredit]
Jika di Palestin, di Syria mereka bertumpahan darah tidak bermakna kita yang selesa di sini hanya perlu berdiam diri dan tidak pula bermakna kita semestinya bertumpahan darah juga. Sumbangan yang dapat kita lakukan untuk saudara-saudara kita, walaupun tidak seberapa, namun ianya besar untuk mereka malahan sesuatu yang mulia di sisi Allah.

Mengapa tidak untuk kita turut menitiskan air mata dalam mendoakan perjuangan mereka? Ketahuilah, sebenarnya perjuangan itu adalah perjuangan kita juga. Luluhkan hati ini untuk berdoa kepada Yang Maha Esa untuk kemenangan yang nyata, ketabahan hati yang pasti dan kekuatan yang azali untuk kita juga mereka di sana.

Jika kita diserang dengan senjata-senjata berat janganlah berputus asa kerana kita ada senjata yang lebih hebat iaitu doa. Berdoalah kepada Tuhan yang menciptakan segalanya, kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Jangan berputus asa kerana saudara-saudara di bumi itu tidak pernah mengenal erti penat lelah. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang ada sebelum kita, mereka juga tidak berputus asa apatah menghela nafas lelah. Iringilah semangat kita ini dalam meningkatkan kualiti diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.

Allahu ghayatuna. [Kredit]
Ingatlah, Allah adalah matlamat terakhir kita. Buatlah segalanya hanya keranaNya. Biiznillah.

Wallahu a’lam.


Post a Comment

FAMILY DAY MESSP 13

3 comments
Bismillahirahmanirrahim..

Saint Petersburg, 18 Mei - Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana "Family Day" yang  dianjurkan oleh MESSP telah berjaya diadakan. Program ini disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SMTU. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 5 orang  brothers dari MMASO. Program dimulakan seawal 8.30 pagi dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sebelum aktiviti BBQ dijalankan. Para peserta juga telah menyediakan bahan-bahan untuk berBBQ sebelum aktiviti ini berlangsung.

Pelbagai aktiviti sukaneka telah dianjurkan oleh pihak MESSP antaranya adalah, berlari dalam beg Groceries Okei, bola ping pong dan botol mineral, lari berpasangan sambil mengikat kaki dan acara tuju botol menggunakan frisbee. Para peserta dibahagikan dengan 3 Rumah Sukan iaitu , Rumah Indah, Rumah Bahagia dan Rumah Perkasa. Setelah aktiviti sukaneka berakhir, acara penyampaian hadiah kepada para peserta telah diadakan. Untuk penyampaian hadiah kali ini, para peserta dikehendaki mengambil nama salah seorang peserta secara rawak untuk diberikan kepadanya. Untuk itu, para peserta diberi masa selama seminggu untuk memikirkan hadiah pertukaran. Alhamdulillah semua peserta kelihatan puas hati dengan hadiah yang diterima.

Family Day MESSP diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sedikit ucapaan penghargaan oleh presiden MESSP iaitu, Tuan al Wafi. Diharapkan program Family Day kali ini dapat menyulam ikatan ukhuwah yang kuat dalam kalangan para peserta tanpa mengira usia.




Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

wallahua'lam..



3 comments

Post a Comment