Pengumpulan Dana untuk Gaza

1 comments

1 Disember 2012 Saint Petersburg - Bertempat di Hostel Stachek 111 Korpus 1 telah berlangsung program kutipan derma “FUNDRAISING 4 GAZA“ anjuran Malaysian Engineering Student of St. Petersburg (MESSP).

Pada 14 hingga 21 November yang lalu, tentera Israel Zionis telah melancarkan serangan terhadap saudara kita di Gaza. Selama 8 hari tentera Zionis telah membunuh 163 adik, abang dan kakak kita di Gaza. Sementara 1222 orang telah cedera dalam kempen perang ini. Bedilan bom Zionis telah menghancurkan sebahagian besar Gaza termasuk sekolah, tadika, rumah, hospital, masjid, bank dan infrastuktur yang lain. Program kutipan derma “FUNDRAISING 4 GAZA“ khususnya adalah untuk membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban saudara-saudara kita di samping membuktikan iman dan ukhuwah kita sesama Islam. Maka, hasil kutipan derma program ini akan disalurkan kepada tabung AZAM Russia 'Rubles for Rubbles’.




Di samping itu, pihak MESSP telah menginfakkan sebahagian daripada dana mereka kepada pelajar-pelajar di St. petersburg dengan mengedarkan makanan percuma bermenukan  “Ayam Masak Madu“ semasa program tersebut.

Alhamdulillah, seramai 65 orang pelajar di St. Petersburg, program ini telah berjaya memperoleh sebanyak RM 1,100.00. Jazakumullahukhoir kepada semua yang membantu dan menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menderma dan semoga usaha kita yang kecil ini dipandang dan diredhai Allah S.W.T . InshaAllah.

Petikan menarik daripada ukhti Azlina Hashim;

“... Kita usaha buat setakat yang mampu. Kita mahu DO SOMETHING & EVERYTHING FOR ISLAM. Tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. FROM RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.LONG LIVE PALESTINE."



 







1 comment: