DIY: Kotak Pinggan Kertas!

1 comments
Do It Yourself: Jom kreatif!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.
DIY: Kotak Pinggan Kertas!

Bila mahu memberi tapi ketiadaan bekas?
Ataupun nak memberi, tapi tak nak penerima membalas beri?
Ada solusi menarik untuk anda di luar sana!


1) Alat-alat yang diperlukan: 
- Pinggan kertas
- Gunting
- Pembaris
- Pen/pensel
- Klip kertas
- Tape, kalau berwarna lebih cantik


2) Gunting sekeliling bahagian tepi pinggan, buang bahagian yang keras di tepi pinggan, supaya lebih mudah dibentuk.


3) Menggunakan pembaris, bahagikan belakang pinggan kepada 6 bahagian, bahagian paling tengah akan jadi tapak kotak. Kalau nak kotak lebih besar, boleh lebih luaskan bahagian tengah.


4) Gunting mengikut garisan sudut yang telah dilukis secara selang-seli. Bahagian atas pinggan akan nampak seperti gambar di atas.


5) Lipat pinggan mengikut garisan tapak kotak yang dah dilukis tadi. Untuk lebih mudah, guna klip kertas untuk pastikan bahagian yang dah dilipat tak terbuka.


6) Lepas selesai melipat, letakkan tape di sekeliling pinggan, untuk kemaskan kotak tadi. Klip kertas dah boleh ditanggalkan.

Disebabkan DIY adalah mengikut kreativiti sendiri, semua idea boleh diaplikasi mengikut kesesuaian bahan dan keperluan. 

Kalau tak dapat jumpa pinggan kertas, boleh guna kertas A4, kad manilla, kotak coklat, dan apa-apa yang dirasakan relevan. Boleh juga dibuat dalam pelbagai saiz.

Dan disebabkan ia adalah kotak dan kotak semata-mata, maka bolehlah diisi apa-apa jua. Bantu kita susun benda yang tak tersusun atas meja pun boleh. 


1 comment: