Umar

0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih

Assalamu'alaikum kepada pembaca setia blog Azam..

Rabi'ul akhir. Meninggalkan bulan kelahiran rasul mulia khotimul anbiya. Melewati hari-hari akhir sisa hidup kita dengan amalan ikhlas yang tidak putus, insyaAllah.

Sementara masih ada peluang, jom kita berselawat atas baginda. Sollu 'alannabiy. Tidak menunggu Rabi'ul awal tiba, baru terasa baginda itu dekat, bila-bila masa pun perlu bagi kita untuk berselawat atasnya.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti musim, dan seterusnya alam kita ini berganti-ganti menjadikan kita semakin tua. Tua. Dan akhirnya akan mati. Pasti.

Mengutip bingkisan dari Bernama, cuaca dan kondisi bumi kita juga makin banyak berubah, kerana apa? Mereka berkata kerana bumi ini sudah tua. Sudah nyanyuk. Mungkin. Tapi satu hal yang tidak pernah usang dan tua. Iaitulah Dia, tuhan kita. Dengan dzat yang Maha Hidup. Allah, terasa sangat powerless kita ini. Kemana destinasi kita? Syurga? Wallahualam.

Kali ini, AzamRussia ingin mengajak anda menelusuri sirah baginda SAW melalui satu drama siri yang sudah tidak asing lagi bagi sesetengah pihak, namun masih ada yang tidak mengetahui tentangnya, Umar Series.

Dikeluarkan oleh MBC Group dan diarahkan oleh Hatem Ali.

Drama ini ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun 2012 selama 30 hari, dan drama ini sememangnya mempunyai 30 episod.

Mengisahkan tentang khalifah ke-2 dari 4 khulafa' ar-rasyidin, iaitu Umar al-Khattab. Beliau yang terkenal dengan keberanian beliau menyatakan syahadatain dan penghijrahan beliau setelah keislamannya.

Dengan fakta-fakta yang disajikan, insyaAllah dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang baginda dan sahabat.


Rasai dan alamilah sendiri kedekatan kita dengan mereka ini.

Link u-tube:

Playlist Umar Series

Wallahu'alam.


Post a Comment